Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Thursday, February 08, 2007

 

Harry Lee, Tunku Abdul Rahman dan A. Samad Said

Semalam saya sempat menonton dokumentari, 'History of Singapore' di Astro. Ia adalah dokumentari 3 episod yang disiarkan tiga hari berturut-turut di Discovery Channel bermula Selasa lepas. Dalam siri kedua dokumentari tersebut,semalam, ada satu babak yang menarik perhatian saya, iaitu petikan video Lee Kuan Yew sewaktu kempen pilihanraya 1959. Apa yang menariknya? Lee Kuan Yew, atau Harry Lee (nama beliau sebelum menyertai politik), berucapdi atas pentas dalam Bahasa Melayu.. di hadapan ribuan rakyat Singapura yang majoritinya bukan Melayu. Antara petikan ucapan beliau yang sempat di dengar, di awal ucapan beliau, "Saudara, saudara..." "Merdeka! sekali lagi semangat.. Merdeka!"
Terharu mendengarkan ucapan beliau dalam bahasa Melayu, walaupun dapat mendengar beberapa patah cuma. Sesuatu yang sangat jarang hendak ditemui di mana-mana majlis (melainkan majlis kerajaan) walau di Malaysia sekalipun sekarang ini. Roh Bahasa Melayu kini umpama dicabut secara perlahan-lahan, semakin dipinggirkan, tidak lagi menjadi bahasa ilmu. Adakah Bahasa Melayu di abad 21 ini hanya layak sebagai bahasa perbualan, bahasa kedai kopi semata-mata?
Esok pula jam 8.30 malam di RTM - wawancara bersama Perdana Menteri Malaysia pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Wawancara ini dirakam pada tahun 1985, lima tahun sebelum beliau meninggal dunia. Inilah juga kali pertama rakaman ini disiarkan kepada umum.
Musykil juga, kenapa sebelum ini rakaman video itu tak pernah disiarkan?
----------------------------------------------------------------------------------
Satu-satunya buku bertulisan jawi di rak buku saya, '13 Mei:Sebelum dan Selepas' tulisan Allahyarham Tunku Abdul Rahman masih lagi belum di baca..Bila agaknya entah.
Petang tadi pulak beli buku terbaru karya SN A. Samad Said, 'Dari Salina ke Langit Petang' (Wira Bukit,2007) di Ujanailmu.
Sebuah buku autobiografi Pak Samad, yang mana menurut beliau;
Buku dari abad lalu..
"'Dari Salina ke Langit Petang' adalah satu-satunya buku saya yang tidak diulangcetak selama dua dekad. Sebagai sebuah autobiografi seni ia menekuni jalan awal saya ke dunia kesusasteraan sejak dekad lima puluhan abad lalu. Hampir tidak ada yang disembunyikan di sini sehingga jika seseorang rajin dan tekun menelitinya, ia akan sekali lalu dapat menyerapi dunia seorang sasterawan yang seniman dengan segala rahsia kehidupan dan seninya.
Dalam buku ini secara tekun saya cuba menjejaki kembali tapak-tapak awal saya meredahi ? dan kemudiannya melestarikan ? dunia kehidupan dan seni. Sejak awal seorang ibu menyuapkan nasi ke mulut anaknya dengan iringan kisah Batu Belah Batu Bertangkup membawa kemudiannya kepada anak itu sendiri mencari dan memilih pula bahan-bahan bacaannya, segalanya dirakamkan semesra mungkin dalam 'Dari Salina ke Langit Petang'.
..Selama dua puluh tahun buku ini terbengkalai secara "sia-sia". Kini ia mendapat nafasnya kembali. Dan memang pun saya berharap buku yang tertulis dalam abad lalu ini akan lebih bererti kepada pembaca dan penulis abad ini."

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009