Monday, February 19, 2007

Hamas-Fatah dan Persetujuan Mekah

Satu analisis menarik daripada Zin Mahmud, wartawan Utusan tentang isu perbalahan Hamas-Fatah di Palestin yang berakhir dengan termeterainya Persetujuan Mekah yang dicetuskan oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah. Walaupun masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan hubungan baik Hamas-Fatah, tapi sedikit sebanyak dengan adanya persetujuan ini yang menggariskan beberapa aspek penting perkongsian kuasa dan penubuhan kerajaan campuran di Palestin akan dapat memberi sinar harapan baru kepada rakyat Palestin dalam merintis jalan damai. [baca lanjut..]
Suka saya memetik sebahagian tulisan beliau yang mengulas dari aspek sejarah negara Palestin yang telah diceroboh;

"..Hakikatnya walaupun Palestin tidak mengiktiraf Israel, tetapi rejim Zionis sudah menguasai Palestin. Begitu juga walaupun Israel tidak mengiktiraf Palestin, kerajaan Hamas sudah dipilih rakyatnya.

Bagi mereka yang menjunjung sejarah, Israel sememangnya tidak boleh diiktiraf. Tanah-tanah Israel itu adalah milik kedaulatan Palestin. Britain yang menguasai Palestin selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniah ekoran Perang Dunia Pertama memegangnya sebagai mandat, iaitu amanah. Maka secara demokratik, ia perlu mengembalikannya kepada rakyat Palestin. Apabila rakyat Palestin mahukan sebuah negara merdeka dan berdaulat, maka itulah yang patut diwujudkan.

Tetapi selepas Perang Dunia Kedua, Britain menyerahkan mandat itu kepada Zionis untuk dijadikan Israel. Ia merupakan suatu pengkhianatan dan adalah zalim untuk sesiapa mengiktiraf Israel. [..]"

No comments: