Saturday, January 06, 2007

Malik Imtiaz dan Lelaki Mengaku Nabi

Bernama: Lelaki Mengaku Nabi Dibenar Mohon Cabar Undang-undang Jenayah Syariah

PUTRAJAYA, 3 Jan (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan permohonan seorang lelaki, yang menghadapi tuduhan mendakwa dirinya nabi dan menghina ajaran Islam, mencabar beberapa peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Abdul Kahar Ahmad, 56, dari Kampung Kemensah, Ampang, diberi tempoh 60 hari mulai hari ini untuk memfailkan petisyennya itu.

Abdul Kahar menamakan kerajaan Selangor sebagai responden.

Peguamnya Malik Imtiaz Sarwar berkata tuduhan terhadap Abdul Kahar kononnya dia menyebarkan ajaran salah, menghina dan melanggar ajaran Islam dan bertindak menyalahi fatwa dan Mufti, bukannya kesalahan mengikut ajaran Islam. (??)

Dalam afidavit mereka, Abdul Kahar dan Mazli berkata hanya Parlimen diberi kuasa menggubal undang-undang jenayah, dan oleh itu, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak ada kuasa membuat peruntukan berkenaan kerana masing-masingnya merupakan peruntukan undang-undang jenayah.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim juga membenarkan kerajaan Malaysia mencampuri prosiding berkenaan.

Kerajaan Selangor diwakili Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Zauyah Be Loth Khan manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi mewakili kerajaan.

Pertama sekali, saya bukan seorang yang arif dalam selok belok undang-undang negara, tapi saya tak faham dengan peguam Malik Imtiaz ni apabila beliau bertindak jadi peguambela kepada Abdul Kahar Ahmad, seorang yang mengaku sebagai nabi. (??) Bodoh ke gila. Memanglah beliau kata hendak mencabar undang-undang Jenayah Syariah negara, tapi itu soal lain, yang jelasnya dalam kata simple orang biasa, beliau adalah peguam kepada seorang lelaki yang terang-terang sesat. Apa pula implikasi atau kesan kepada undang-undang syariah kita andai kata beliau menang kes ini? Anyone care to enlighten me more regarding this case?

Sedih juga orang macam ni ada tempat dalam akhbar NST - Beliau turut mempunyai kolum mingguan di NST. Sebagai rekod, beliau adalah salah seorang pendokong kuat IFC - Interfaith Commision.

No comments: