Sunday, November 19, 2006

Pawang mahu santau Bush

Ki Gendeng jadi buah mulut apabila bersumpah akan sihir Presiden AS

BOGOR: Jika ada orang yang dikatakan dapat meraih keuntungan dari lawatan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush ke kota ini esok, beliau ialah Pawang Ki Gendeng Pamungkas.

Tindakan dukun ini paling menarik dari kalangan banyak pihak termasuk sejumlah besar pertubuhan bukan kerajaan yang mengadakan bantahan di seluruh negara sejak dua minggu lalu membantah lawatan Bush ke Indonesia selama 10-jam.

Ki Gendeng menjadi buah mulut penduduk kota ini selepas beliau bersumpah dan menyatakan akan mengenakan santau ke atas Bush di Medan Kujang.

Perbuatannya itu mendapat liputan utama akhbar tempatan yang menyertakan gambar beliau sedang melakukan jampi serapah.

Dukun itu yang mendakwa menggunakan gabungan darah kambing, ular dan gagak berkata beliau melakukan sumpahan itu bukan kerana beliau tidak sukakan rakyat Amerika tetapi bencikan Bush.

Mengulas secara on-line tindakan Ki Gendeng, ramai orang berpendapat ia tidak lebih daripada satu pertunjukan menghiburkan sementara yang lain berkata ia menjatuhkan imej negara.

Seorang daripada mereka secara berjenaka berkata, jika sumpahan itu terbukti mendatangkan kesan ke atas Bush dan rombongannya, yang dikata akan kerasukan ketika memasuki Istana Bogor untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, maka Ki Gendeng akan ketawa besar menuju ke bank.

Beliau akan jadi rebutan di seantero dunia dan akan diambil bertugas oleh CIA (Agensi Perisikan Pusat) AS atau Arab untuk menghapuskan musuh masing-masing.
Tetapi jika beliau gagal, Indonesia akan jadi bahan ketawa dunia, kata seorang pengulas.

Sementara itu, bantahan anti-Amerika semakin memuncak semalam menjelang lawatan Bush ke negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di
dunia itu. – Bernama/AP


Jom tunggu sampai esok. Jadi apa-apa tak pada Bush. heheh

No comments: