Saturday, August 19, 2006

Shahnon: Sebuah Autobiografi..


..bungkusan buku autobiografi Sasterawan Negara Shahnon Ahmad,
'Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi' yang baru tiba pagi tadi

Khamis, 2.30pm
me: hello ni Shahnon. erm, nak beritahu yang saya dah bank-in duit untuk buku...
Ujanailmu: Buku Shahnon Ahmad ya? okk. Shahnon beli buku Shahnon ya?(ketawa kecil)
me: ya ya
Terima kasih kepada syarikat buku online, Ujanailmu kerana sekali lagi tidak pernah mengecewakan saya. Melihatkan senarai buku terbaru di website Ujanailmu, teringin nak dapatkan buku 'Tulang-Tulang Berserakan' oleh Usman Awang dan buku A.Samad Said, 'Bulan tak Bermadu di Fatehpur Sikri'. Dato' A.Samad Said telah mengambil inisiatif sendiri untuk menerbitkan kembali buku-buku lama beliau di bawah syarikat beliau sendiri, Wira Bukit sebab umum tahu hal merajuk beliau dengan penerbitan DBP berkenaan isu DBP yang kurang proaktif dalam menerbitkan karya-karya beliau dll.
Berbalik kepada buku autobiografi Shahnon Ahmad tadi, saya sempat membelek-belek beberapa mukasurat dan ada satu bab yang saya tertarik iaitu bab 6: 'Perjalanan Seperguruan dengan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi', di mana beliau menulis tentang sejarah pembabitan beliau dalam aktiviti silat - Silat Cekak Hanafi dan Silat Gayung Petani, yang mana secara kebetulan juga saya pernah mempelajari kedua-dua aliran silat tersebut. Gayung Fatani/Petani selama 5 tahun - sepanjang 5 tahun saya di sekolah menengah - dan Silat Cekak Hanafi sewaktu di universiti.
Membacakan perenggan pertama bab 6, beliau menulis,

"..Seperti yang termaklum, minatku pada seni pencak silat sudah sekian lama tumbuh dan berkembang semenjak dari kampong lagi. Tapi pada peringkat awalan perjalananku, minat ini lebih pada estetikanya, seni tarinya, seni bunyinya melalui alat-alat muziknya dan hanya pinggiran saja aspek pertahanan diri melaluinya." - (bab 6, m/s 65)

Beliau merujuk kepada seni tari Gayung Petani/Fatani. Memang diakui ramai bahawa dalam banyak-banyak silat, bunga Gayung Fatani adalah yang tercantik seni tarinya. Bukan niat untuk bangga diri tapi antara tujuan utama beliau menyertai silat itu adalah sama dengan saya - kerana minat pada seni tari silat itu, tidak sangat kepada aspek beladiri tumbuk, tepis, buah dan tendangnya. Oleh sebab itu, secara jujurnya saya rasa kurang seronok di awal pembabitan saya dengan Silat Cekak Hanafi apabila mendapat tahu dalam sistem pelajaran Cekak Hanafi tak ada langsung seni tari. baru saya tahu ada juga silat yang tiada seni tari. Permainan keris pun tak ada (senjata rasmi Silat Cekak Hanafi ialah parang lading). Tapi sejak dari hari pertama saya turun latihan lagi saya telah menyahut cabaran jurulatih untuk belajar sampai tamat. Lepas buah asas, buah jatuh kemudian buah potong dan akhir sekali buah tamat. Dan dari hari itu saya belajar untuk mencari rahsia dan kehebatan Silat Cekak Hanafi. Antara falsafah utama SCH - 'pakai tak pakai, tak pakai pakai'. Sebenarnya tak rahsia pun, nak tau, kena belajar - Ayat standard ahli. heheh. Untuk sesiapa yang fikir bukan-bukan, sorry Cekak Hanafi tak ada ilmu batin. SCH bebas dari sebarang tahyul dan khurafat. Nak kebal-kebal, tak lut ke apa cari silat lain. SCH guna tangan dan kaki sahaja. Ha macam promote SCH pulak.
Sekian.

No comments: