Tuesday, August 29, 2006

Mat Rempit dan pelancongan

Aku geleng kepala, nak tergelak bercampur sedih pun ada baca komen pengerusi Putera UMNO Datuk Abdul Azeez pasal Mat Rempit.

“Mereka ada hati dan perasaan, berbakat serta berkebolehan terutama dalam bidang kejuruteraan permotoran dan kelajuan. “Apa yang paling penting, mereka adalah generasi pemimpin akan datang,” kata Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. - (tepuk tepuk)

Ha, ni satu lagi,

Katanya, Mat Rempit juga mempunyai pelbagai kelab tidak berdaftar seperti Kumpulan Shell, Kumpulan Kamikaze dan Kumpulan Apache, tetapi amat mengagumkan apabila Putera Umno mendapati kumpulan itu mempunyai struktur
organisasi pertubuhan yang tersusun dengan anggota yang patuh dan taat pada pemimpin serta peraturan kelab.
(wah kagumnya saya. terasa nak menyertai kelab mat rempit pula)

dan kemuncak komen Datuk Abdul Azeez yang paling tak masuk akal ialah idea beliau supaya jalan di Kuala Lumpur ditutup seketika sebagai tarikan pelancong (?!!*%#@*!?)

“Jika mereka mahu beraksi di depan khalayak ramai, mengapa kita tidak boleh tutup jalan, misalnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan Tun Razak dan sediakan penghadang yang selamat di sepanjang jalan supaya mereka boleh beraksi.

“Saya percaya, jika kita beri sedikit kelonggaran kepada Mat Rempit menunjukkan bakat mereka, aktiviti itu boleh dijadikan satu acara unik yang boleh menarik minat pelancong asing,” katanya.

Lagi,

Beliau mencadangkan supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis bekerjasama menutup jalan tertentu bagi menyediakan persekitaran selamat untuk mat rempit berlumba. - Utusan

Gila. Bodoh nak mampos punya idea. JPJ dan PDRM pun bodoh sama la kalau setuju dengan idea Datuk Abdul Azeez ni. Tak dapat bayangkan kalau pemimpin macam ni duduk dalam kabinet kerajaan.

Bacaan lanjut - Harian Metro: Imej Positif Mat Rempit
Utusan Malaysia: Putera UMNO terima bekas penagih, mat rempit

No comments: