Sunday, June 25, 2006

Ketagih ganja dan gian kuasa

Di bawah, petikan artikel 'Ketagih ganja dan gian kuasa' oleh Hishamuddin Rais bertarikh 23 Jun di Malaysiakini di bawah kolum tetap beliau, 'Dot Mai Kembali';

"..Justeru, saya hanya ingin memberi peringatan. Jika ternampak Mat Gian atau Mat Fit terhuyung-hayang, jangan risau kerana mereka ini tidak merbahaya. Mereka sedang ‘berdengong’, jika ditolak dengan satu jari pun mereka akan terjatuh.
Tetapi waspada terhadap mereka yang ketagih kuasa. Mereka sentiasa berpakaian kemas, teratur dan membawa dompet yang penuh dengan kad kredit. Tidak mungkin mereka akan jatuh dengan sekali tolak. Disepak dan diterajang pun belum tentu mereka akan jatuh. Ketagihan kuasa inilah yang sentiasa menggangu dan menyusahkan perjalanan hidup kita.

Pergi tersepak pulang terlanggar. Petang menjadi nyamuk, senja menjadi agas. Malam menjadi pijat. Ke bukit menjadi pacat, ke air menjadi lintah. Di warong menjadi lipas, dalam komputer menjadi virus.

Mereka sentiasa menunjukkan muka seperti tahi terapung yang tidak dapat ditelan air.
Contoh ‘withdrawl symptom’ seorang Mamat Gian kuasa kini sedang berlaku di hadapan mata kita. Saya tidak perlu berselindung di belakang tembok untuk menyatakan nama Mamat ini." - Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais memang dikenali ramai sebagai salah seorang penulis sosial, politik dan isu semasa yang prolifik yang saya sangat minati walaupun saya tak bersetuju dengan ideologi fahaman politik beliau atau kebanyakan isi-isi penulisan beliau. Isu setuju atau tidak, pada saya itu soal kedua. You don't have to agree with his ideas to enjoy reading his writings.

Kalau saya jumpa beliau, ingin saya syorkan supaya beliau menulis buku pula ataupun membukukan semua koleksi penulisan beliau.

No comments: