Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Wednesday, May 03, 2006

 

'Gubra' lagi

Dah banyak review Gubra yang pro & kontra yang aku baca di blog-blog (termasuk blog ni juga) ataupun dalam Utusan Malaysia. Rasanya belum pernah lagi sebuah filem Melayu (filem Malaysia) mendapat respons yang begitu meluas seperti Gubra di dunia blog. Klimaks review Gubra yang aku kira mendapat publisiti paling meluas di internet ialah komentar Faisal Tehrani - 'Gubra yang Sesat Lagi Menyesatkan' yang telah turut disebarkan melalui blog-blog, e-mail, forum-forum internet dan yahoo messenger. Tak ketinggalan Harakahdaily turut menyiarkan tulisan Faisal Tehrani tersebut sebagai salah satu bahan artikel pada 28 April lalu.
Baru-baru ni aku terjumpa satu lagi ulasan Gubra oleh Khalid Jaafar (pengarang 'Tumit Achilles' dan pengarah IKD) di bawah tajuk 'Gubra - Sebuah filem filsafat' yang aku anggap sebagai satu pandangan alternatif. Baca komen beliau di sini. Lain daripada review kebanyakan. Satu persatu isu kontroversi dalam Gubra dikupasnya dengan panjang lebar secara ilmiah.

Sebahagian petikan komen Khalid Jaafar;
"..Mahunya kebanyakkan kita adalah bilal menjadi wira pencegah maksiat, mengajak orang kampung membersihkan kampungnya dari maksiat, mengusir pelacur dan menutup rumah pelacuran. Atau mengadukannya kepada polis atau jabatan pencegah maksiat.
Tetapi bilal dalam Gubra juga seorang pencegah maksiat, tetapi bukan dengan cara biasa masyarakat fahami.Bilal menahan pencuri yang mencuri wang mata pencarian pekerja seks, dan mendapatkan kembali wang yang dicuri. Ada isyarat bahawa pencuri itu adalah suami atau bekas suami kepada si pelacur. Ini menjadikan watak bilal dalam Gubra sesuatu yang unprecedented dalam perfileman tempatan. Berbeda dengan serangan bertubi-tubi setengah penonton dan mengulas saya melihat penampilan watak bilal sebagai watak agama yang paling otentik dari segi isi.
Bilal tidak berleter tentang kebaikan dan keburukan. Bilal keras dan tegas pada pencuri tetapi lembut kepada mereka yang menderita dan dieksploitasi. Dan bilal menggoreng cok kodok untuk isterinya dengan jelingan bergurau.. bersambung"
Aku kira beliau cuba untuk memberi komen yang adil dan rasional tanpa terlalu emosional atau kritis dalam menjustifikasikan beberapa babak kontroversi dalam Gubra. Aku tak berniat nak menyanggah pendapat Faisal dengan menyiarkan komen Khalid Jaafar ini, cuma hanya ingin berkongsi pendapat beliau di sini.
Lainnya blog Khalid Jaafar ialah beliau tidak menulisnya dalam satu entri sekaligus tetapi berperingkat-peringkat. Mungkin nak bagi pembaca terus-menerus melawat blog beliau.

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009