Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Wednesday, May 10, 2006

 

Bila Anwar tengok Gubra. Shakespeare dan Hikayat Hang Tuah

Bila Anwar Tengok Gubra
KUALA LUMPUR (AnwarIbrahim.com) -- Dalam kesibukan Anwar memenuhi program yang telah diatur sejak Januari lalu, beliau dan beberapa pembantu beliau berkesempatan bersantai untuk menonton filem kontroversi Yasmin, Gubra.

Anwar dan ditemani oleh pembantu beliau, Faiz Shahri, Khalid Jaafar dan Shaberimi Sidek serta beberapa yang lain tiba di GSC Midvalley, jam 5 petang semalam untuk menonton filem yang telah menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan pengiat dan peminat filem nasional.

Beliau yang ditemui selepas tayangan tersebut menyatakan filem ini agak menarik kerana cuba menampilkan idea-idea yang jujur dalam kehidupan seharian dan menampilkan simbolik-simbolik politik yang halus dan tajam.

"lihat sahaja nama lelaki tionghua (ayah Jason & Alan)" kata Anwar sambil tersenyum. -- anwaribrahim.com

Tak sangka orang politik pun tengok wayang jugak. Apatah lagi orang politik nama besar macam Anwar Ibrahim.

Anwar, pidato dan World Shakespeare Congress
Politics aside. Walaupun sejak dari zaman sekolah menengah dulu (lewat 90-an) sampai sekarang saya tak pernah menyanjung atau menyokong gerakan Reformasi anjuran beliau tapi ada beberapa aspek pada diri beliau yang saya kagum. Salah satu daripadanya ialah kehebatan berpidato beliau. Tak keterlaluan kalau saya nak katakan bahawa beliau antara tokoh politik tempatan yang paling hebat berpidato, selain daripada penceramah-penceramah tin kosong dalam PAS.

Kalau dalam UMNO saya meminati gaya pidato/ucapan Khairy Jamaludin (naib ketua pemuda UMNO, eksekutif ECM Libra, Pengerusi World Halal Forum, Pengarah eksekutif MyTeam dan juga menantu PM). Gaya bahasa, ucapan, confidence dan body language beliau penuh keyakinan, lancar tak tergagap-gagap, terhenti-henti dsb. Tak ramai pemimpin UMNO macam beliau. Kalau ada interview dengan Khairy di tv mesti kena tengok. Artikel mingguan tulisan beliau setiap hari Sabtu di NST mesti kena baca (latest). Pak Lah? Najib? Mengantuklah. Tengok Lim Kheng Yaik atau Samy Vellu buat lawak pasal kenaikan tarif elektrik atau perihal keretakan jambatan masa sidang media atau di parlimen dalam Buletin Utama TV3 lebih menghiburkan.

Ha melalut pulak. Isu satu lagi pula ialah tentang World Shakespeare Congress yang bakal diadakan di University of Queensland, Australia pada 16-21 July 2006 yang turut akan dihadiri oleh Profesor Dato' Seri Anwar Ibrahim (ya, Profesor kini!) sebagai salah seorang daripada lima panelis jemputan di sidang planeri. Walaupun umum tahu bahawa Anwar adalah seorang peminat Shakespeare dan beliau banyak menghabiskan masa di dalam penjara dengan membaca karya-karya Shakespeare, saya kagum dengan pihak University of Queensland dengan menjemput seseorang yang boleh dikira sbg 'orang luar' sebagai salah seorang panelis berkenaan dengan literasi Shakespeare.

Mungkin kita juga boleh menganjurkan sidang forum tentang Hikayat Hang Tuah (karya agung sastera Melayu yang mendapat pengiktirafan UNESCO) ataupun Sejarah Melayu dengan menjemput seorang dua Profesor dari School of African & Oriental Studies, Uni. of London contohnya, selain tokoh-tokoh sejarawan dari kepulauan Nusantara. DBP dengan kolaborasi Akademi Pengajian Melayu-UM barangkali boleh bertindak sebagai pihak penganjur.

Tak sabar menantikan 'prison diaries' Anwar yang akan muncul sebelum hujung tahun ini. Bakal menjadi hit pastinya.


Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009