Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Wednesday, April 05, 2006

 

No definitions of frust were found in English

Isk isk.. Tak pernah terfikir sebelum ni bahawa perkataan frust itu tak wujud. Baru tau tak wujud istilah frust dalam kamus bahasa Inggeris (!). Baru aku sedar yang frust tu ialah perkataan Inggeris yang telah dimelayukan. Yang wujud ialah frustrate atau frustration. Orang Melayu kita je sebut frust.
Mungkin sebab sebelum ni tak pernah nak ambil kisah agaknya dan dulu kalau tulis essay pun tak pernah pulak guna ayat frust, sampailah terbaca tulisan Dato' A. Kadir Jasin, bekas ketua editor NST, dalam buku terbaru beliau, 'Mencari Dugalia Huso', himpunan koleksi artikel-artikel beliau dari lewat 90-an hingga awal dekad ini.
Antara petikan tulisan beliau,
"..ketika saya menyunting akhbar Bahasa Melayu sedekad lalu, saya sering menggunakan perkataan "frust" untuk menguji calon pemberita, termasuk yang lulus universiti dan Institut Teknologi Mara. Saya bertanya dari bahasa manakah datangnya perkataan "frust". Boleh dikatakan semua menjawab dari Bahasa Inggeris. Apabila saya memberikan kamus Bahasa Inggeris dan meminta mereka mencari perkataan itu, mereka bingung kerana tidak menemuinya.
Sampai hari ini pun banyak yang asyik menggunakan perkataan "frust" sehingga ada di antaranya menjadi penagih dadah, lari dari rumah dan jadi bohsia tidak pun tahu bahawa perkataan itu tidak wujud dalam Bahasa Inggeris. Perkataan sebenar ialah "frustration"." - Utusan Malaysia, 9 Mac 1998 (Mencari Dugalia Huso. m/s 63)

Rasanya ada banyaak lagi perkataan-perkataan Inggeris yang telah dimelayukan dengan jayanya dan menjadi sebati dalam perbualan harian, kan. heheh.

Anti-Flag - The Project For A New American Century


Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009