Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Sunday, April 09, 2006

 

Kutu-kutu lepak dan tulang-tulang ayam KFC

Haih. sedih tengok anak-anak muda melayu belasan tahun - kutu-kutu lepak atau budak-budak punk wannabes yang lepak setiap malam minggu kat Bukit Bintang tak tentu hala dari maghrib sampai ke tengah malam. Budak-budak sekolah yang kononnya dah punk habis, dengan t-shirt band band punk macam The Ramones, Exploited, Sex Pistols, The Clash dll dengan seluar jeans hitam ketat atau seluar ketat warna merah pattern kotak-kotak dan boots bundle mungkin dari Golok atau Petaling Street. Malu..malu kalau Joey & Johnny Ramone hidup lagi ataupun Sid Vicious tengok budak-budak camni pakai t-shirt nama band diorang & tengok perangai 'ajaran sesat' budak-budak ni.
tu mukaddimah je. . Mungkin ada antara korang dah biasa dengar cerita2 macam ni. Dulu pun pernah kecoh kejap dalam Harian Metro isu budak-budak punk makan sampahlah, buat kacau kat sana sini, itu ini.. Ni cerita yang paling menjijikkan. kat KFC Bukit Bintang (24jam). Adalah dalam 10 orang kot geng diorang ni. Budak-budak ni yang paling tua aku rasa form5 je kot, paling muda mungkin baru darjah 5, termasuk dua orang anak dara (tak dapat dipastikan dara lagi ke tak) yang aku agak dalam lingkungan 13-15 tahun. Duduk-duduk, borak-borak, raba-raba, gelak-gelak entah apa, sambil menunggu pengunjung habis makan dan kemudian bersorak berpesta memakan sisa-sisa, bekas makanan orang!
Dulu aku macam tak percaya ofismate aku cerita pasal budak-budak sekolah yang dah tak sekolah kot yang datang dari kampung mana entah lepak kat KFC ni, tapi bila dah tengok dengan mata sendiri, ya Allah betapa jijiknya perangai diorang ni. Serius macam anjing - makan sisa-sisa makanan. Kucing aku pun takde perangai sampah macam diorang ni. Isk isk. Dalam geng diorang ni ada sorang macam ejen tukang kutip tray, dia akan standby je tengok sape2 habis makan & blah, dia akan serbu.
Tulang-tulang ayam KFC dikumpul dan ditolak tepi, mana sisa-sisa yang agak-agak boleh makan lagi atau ape saja yang boleh ambik bagi kat geng dia, dia kumpulkan dalam pinggan lain dan bawak lari tray tu ke meja geng dia dengan diberi sambutan VIP oleh kawan-kawan. Jijik amat. Aku buat kesimpulan yang diorang ni bukannya miskin tahap kebulur sangat pun sampai terdesak nak makan sisa orang, dressing bagai nak raklah jugak (biasalah Melayu), dari rambut kaler berkarat nak taknak, baju dan seluar macam seminggu tak basuh, sampai ke kasut boot ranggi yang ada yang terlebih saiz, tapi mungkin untuk diorang aktiviti macam ni dah macam pesta. Rutin setiap minggu.
Aku sempat borak sikit dengan staf KFC sini.. Diorang pun tak larat dah nak halau dah budak-budak ni, cuma kalau masa New Year atau Merdeka, KFC ni ada pak gad jaga. First time dengar fast food restaurant pun ada pak gad.
Haih. Sedih sangat. Sejarah akan terus berulang dan berulang. Nanti lagi 10 tahun 15 tahun, bila dah terhantuk, dah tersedar, oh aku ada tanggungjawab, aku nak kahwin, nak ada family, nak tengok mak bapak pegi Mekah buat haji, baru la diorang ni nak rasa menyesal. Kalau yang tak insaf tu mampos la. Pastu baru la nak keluar tv (kalau berkesempatan) merayu kepada adik-adik di rumah supaya janganlah jadi macam kami.
- Isk tiba-tiba pulak terasa blog entry ni macam artikel dalam Harian Metro atau Kosmo pulak nih.

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009