Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Sunday, March 05, 2006

 

..dalam nada semi-puitis

Blog entry hari ni adalah himpunan beberapa short stories karya Affendi Salleh yang dipetik daripada majalah Off The Edge, section Short Stories. Buat pertama kali ada ruangan penuh Bahasa Melayu dalam majalah Off The Edge ni. Aku kagum gila dengan penulisan kreatif dia, yang aku anggap susah hendak diklasifikasikan sebagai penulisan genre apa.
Anda boleh kata ianya penulisan kreatif sastera moden, neo-literasi Melayu atau apa-apa saje lah mengikut citarasa anda. Umpama muzik punk moden berwajah boyband, indie ataupun post-rock oleh band-band yang lahir bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan yang semakin susah untuk kita klasifikasikan secara khusus genre muzik apa yang mereka mainkan.
Ada 20 short stories dalam penulisan Affendi Salleh ni, tapi aku pilih beberapa yang aku suka. Tarik nafas panjang-panjang sebelum baca. :)
Penceritaan semula (dalam nada puitis) hal-hal yang berkaitan dengan jiwa kacau.
Persediaan
Sebelum kau teruskan bacaan ini, pastikan yang kau benar-benar kenal siapa dirimu sendiri. 'Kenal' dalam erti kata kenal yang akrab, kenal yang tahu,kenal yang tiada ragu-ragu - seperti kau kenal matahari dan cahaya dan air dan lautan.

Tetapi oleh kerana mengenalpasti diri sendiri adalah satu kepastian yang sentiasa mahu dielakkan (kita semua faham mengapa) maka kau dibenarkan membuat Penyamaran. Kau dibenarkan membaca penulisan ini sebagai orang lain; pilihlah apa jua identiti samaran - saintis, penyair, penyamun, politikus, diktator, djinn, syaitan, malaikat - asalkan kau benar-benar kenal identiti yang dipilih.
Cuma perlu diingatkan bahawa di penghujung penulisan ini, kau akan mendapati identiti yang dipilih akan berusaha untuk melupakan Diri yang memilihnya; iaitu engkau. Tak mengapa, usah gusar, kerana nanti kau tak akan ingat apa yang kau pilih untuk kau lupakan.

Nasihat 1
Murid: "Mengapa ada halia tergantung di hujung hidung cikgu?"
Cikgu: "Supaya mudah saya terbersin, dan bersin akan mengingatkan yang saya ini masih lagi hidup (orang mati tak boleh bersin)."
Murid: 'Berikanlah nasihat-nasihat lain untuk menjalani kehidupan ini."
Cikgu: 'Baiklah'
/ Kalau kau boleh jadi apa sahaja yang kau mahu kau tetap akan bermurung /Semua wang dalam dunia ini tak dapat membeli kebenaran yang kau inginkan / Hati yang ringan adalah hati yang hanya menampung jirim-jirim Kebahagiaan / Satu campur satu adalah berapa pun yang kau mahu /
Jangan pedulikan hasutan Kera Hasad Dengki sebaliknya dengarlah nasihat Sang Kancil Sopan Santun / Di dalam syurga semuanya baik-baik belaka / Di dalam neraka adalah neraka dan cuma neraka sahaja / Berhentilah menonton siaran Televisyen Dusta sebaliknya dengarlah sahaja berita Radio Gula-Gula / Sentiasa bagus untuk menjadi bagus daripada menjadi apa sahaja /
Jangan takut kepada Takut, sebaliknya sapukannya atas sepotong roti dan makan dengan mentega berjenama Pura-Pura Berani, setiap pagi, setiap hari, selagi kau hidup /
Nasihat 2
Murid: Selain daripada nasihat untuk menjalani kehidupan, apa lagi yang cikgu boleh pesankan?
Cikgu: Saya boleh berikan anti-nasihat kepada kehidupan.

/ Kau mahu percaya yang masa lampau tak akan kembali tetapi kini kau lihat sejarah berulang-ulang / Kau mahu percaya yang bumi ini bulat tetapi tiada siapa yang mahu membawa kau ke luar orbit dan menyaksikannya sendiri / Kau mahu percaya kepada ketulusan hati manusia tetapi kau lihat tamadun kemanudiaan terbina atas sumpah dan dusta /
Kau mahu percaya dunia ini adalah pentas keceriaan tetapi kau tahu adsurditi para pelakonnya tak ubah seperti penunggu-penunggu Godot / Kau mahu bebas dari penjara Keliru ini tetapi di luar sana adalah satu penjara Superkeliru yang lebih besar /
Kau mahu, tetapi kini kau penat untuk mahukan sesuatu / Kau kembali seperti sedia ada; hampir luput /
...bersambung
Oleh Affendi Salleh
- Petikan teater 'Waiting For Godot'
Vladimir: Well, shall we go?
Estragon: Yes, let's go.
They do not move.
Matchbook Romance - I Wish You Were Here

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009