Wednesday, March 15, 2006

coretan ringkas - Kapitalism, free trade & globalisasi Barat..

Kebelakangan ni isu pembatalan kontrak 6 pelabuhan Amerika oleh Dubai Ports, pembelian saham syarikat telekomunikasi Thailand, ShinCorp oleh agensi pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings (kedua-duanya berkait rapat dengan isu keselamatan negara) dan sistem ekonomi bebas Amerika menarik minat aku.

Gagasan ekonomi kapitalis, free trade, globalisasi Barat yang dilaung-laungkan mereka, hanyalah bersifat berat sebelah yang mana hanya menguntungkan mereka semata-mata dengan tujuan untuk meluaskan empayar ekonomi Barat di dunia, khususnya di negara-negara membangun dan negara dunia ketiga. Amerika yang selama ini dibobrokkan dengan kebebasan sistem ekonomi mereka ternyata tidaklah sebebas mana yang disangka. Hipokrasi dan talam dua muka mereka semakin lama semakin jelas dipertontonkan di khayalak umum.

Sistem ekonomi bebas yang menjadi asas ideologi negara Barat yang dilaung-laungkan mereka sejak sekian lama, kini menjadi umpama senjata makan tuan, apabila isu baru-baru ini iaitu apabila sebuah firma dari Dubai untuk menguasai 6 pelabuhan di Amerika telah ditentang oleh ahli-ahli Kongres daripada parti Republican atas alasan keselamatan. Apabila bilionnair terkaya Asia dari India, Lakhsmi Mittal ingin membida sebuah syarikat pembuatan besi di Eropah, beliau mendapat tentangan kuat di sana semata-mata kerana beliau orang Asia? (Time)

"They (Americans) are contravening their own principles in this respect," UAE Central Bank governor. -- IslamOnline.net

Ternyata Barat tidak dapat menerima sistem ekonomi bebas yang mereka perjuangkan selama ini apabila muncul pemain-pemain baru dari negara-negara Timur terutama sekali dari India dan China yang telah mula menyaingi pasaran dunia. Rupa-rupanya mereka sendiri takut dengan sistem ekonomi yang mereka cipta sendiri.

"The West has got to recognize that globalization, formerly a one-way street, now carries heavy traffic from the East.." Time magazine reader.

Bekas ketua editor NST, A Kadir Jasin pun ada menulis dengan lebih terperinci tentang isu yang sama di blognya.

Artikel terbaru Isham di Malaysiakini yang dipetik oleh laman web Marhaen ini cukup menarik minat aku. 'Iran dan Hegemoni Dollar'. . Aku mula sedar bahawa terdapat kemungkinan jatuhnya sistem ekonomi kapitalis yang berkait rapat dengan kejatuhan nilai Dollar Amerika yang pernah ditulis oleh Hishamuddin Rais satu masa dahulu (tak dapat nak cari balik artikel tu). Sememangnya Isham tak pernah mengecewakan dalam setiap penulisan beliau tentang isu-isu semasa dunia dari perspektif beliau.

Artikel terbaru Isham Rais;
Najib, Minyak dan Senjata

No comments: