Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Tuesday, February 21, 2006

 

review ringkas muzikal PGL


..PGLtM, Istana Budaya
Ni cuma review ringkas je. Niat nak blog panjang lebar, tapi mood tengah takde. Nanti kalau ada masa boleh update lagi..
- Teater muzikal Puteri Gunung Ledang sememangnya gempak dan hebat! Hang Tuah je kurang hebat. 'Gerak', gaya dan lenggok dia; keras, kaku dan tak ada langsung keMelayuan, apatah lagi sebagai seorang pendekar agung Melayu, Dato' Laksamana Hang Tuah. But to be fair to him la kan, nasib baik jugaklah suara dia sedap.
- Seperti beberapa review yang aku dah baca kat internet & suratkhabar, lakonan AC Mizal sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat, Raja Majapahit memang antara yang paling menonjol, selain tak lain tak bukan, Tiara Jacquelina sendiri, sebagai Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah, Puteri Majapahit/Puteri Gunung Ledang. Lakonan Adlin Aman Ramli pulak, sebagai Sultan Mahmud Syah dalam filem PGL lebih menyerlah berbanding dalam teater ni. Dalam teater ni watak beliau sebagai Sultan, macam kurang feel sikit. Umpama Cappucino favorite aku yang tak cukup gula gitu.

- Soundtrack semua memang best. Salute you brader Roslan. Paling diingati, lagu, "Melakaaa, Melakaaa lalala.." (hahaha part tu je ingat :p) Lagu yang cukup membangkitkan semangat. Dah habis teater pun masih terngiang-ngiang dalam kepala otak. Pastu lagu masa Demak menyerang Majapahit. Memang semangat habis! Drumbeat & muzik masa scene perang tu paling best. Ada banyak lagilah. Tak dapat nak recall.

- Set pentas paling aku minat masa Act 2 - Istana Sultan Melaka. Hebat2. Set pentas yang lain-lain pun ok, tapi istana Sultan Melaka tu yang paling aku suka. Bravo kepada Mr. Zahim Al Bakri.
- Kemudian, part lighting pulak, palinggg aku rasa bestgile masa scene yang macam wayang kulit tu! Tiara tengah sembang dengan Bayan, pastu ada penari-penari di belakang tabir yang membentuk gerakan tarian macam dalam wayang kulit. Macam pembentukan imej dalam kaleidoskop pun ada jugak sikit-sikit.

- Satu lagi yang aku suka- tarian zapin beramai-ramai di pekan/pelabuhan Melaka. Ni macam benda sampingan je la kan, tapi sebab aku minat dengan tarian zapin, so tulis jugakla kat sini. Tarian jawa aku tak berapa minat. Jangan marah ye Mawi..hehe

- Rasanya ada lagi beberapa scene menarik yang aku tertinggal untuk senaraikan kat sini. hmm.. apa ya?

Kesimpulannya, aku sangat sangat puas hati. Walaupun aku kurang minat pada watak Stephen Rahman sebagai Hang Tuah, tapi untuk aku, secara keseluruhannya kelemahan Stephen belum cukup kuat untuk mencacatkan keseluruhan kualiti pementasan PGL yang sememangnya gempak. Syabas kepada Enfiniti Production & semua krew. :)
Okeh. Sekian komen PGLtm yang tak cukup masak ni.
Disebabkan baru lepas nonton teater muzikal PGL ni, membuatkan aku tercari balik novel karya Sri Rahayu Mat Yusop yang belum berhabuk lagi di rak buku, 'Bukan Legasi Lalang', sebuah novel fiksyen sejarah (pemenang tempat pertama Hadiah Sastera Utusan 2000), yang dah lebih setahun tertangguh nak baca.
Oleh sebab aku dah hampir lupa jalan cerita dia, so aku copy paste je la sinopsis novel ni kat sini;
"Membunuh Jebat menjadi hutang yang tak tertebus oleh Tuah. Hutang yang terbeban menjadi legasi ratusan tahun.

Tuah, Jebat - dua sasabung yang di lagakan kerana semberono kesumat, kuasa, wanita, fitnah, keadilan. Perlagaan yang tak pernah usai. Penuh intrig berlarut-larut. Justeru hakikat pertarungan yang adil hanyalah anganan yang wuiud dalam mimpi.
Kering jiwa Tuah menumpahkan setia taat kepada tuan. Dan Jebat tak ubahnya sehelai lalang yang cuba menolak ribut. Cuma sehelai lalang. Di padang luas terbuka."
Matchbook Romance - Goody, Like Two Shoes
[p/s: oh, di awal penulisan blog ni tadi, memang tengah takde mood giler. Hajatnye nak post 2 perenggan je. Sekali bile dah start tulis memang susah nak stop pulak. :p]

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009