Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Tuesday, January 17, 2006

 

Kisah anak kecil penjual kuih..

Cerita ni aku ambil daripada Mingguan Malaysia dua minggu lepas. Tangguh punya tangguh, baru hari ni post kat blog. Tersentuh hati aku bila pertama kali baca 'Kisah anak kecil penjual kuih' ni. So, hari ni aku nak kongsi pulak cerita ni kat blog.
Alkisah...
Seorang pemuda yang sedang menahan lapar pantas menuju ke sebuah gerai makan. Semasa hampir menghabiskan sebahagian kecil hidangannya yang tinggal, datanglah seorang kanak-kanak lelaki penjaja kuih.

“Encik mahu membeli kuih saya? Ada karipap, cucur, ketayap. Mak saya yang buatkan. Ramai pelanggan yang kata sedap.” Dengan ramah pemuda yang sedang menjamah makanannya itu menjawab: “Takpelah dik, abang pun tengah makan ni.”

Kanak-kanak tersebut bagaimanapun tidak berputus asa. Dia menunggu pemuda tersebut selesai menjamu seleranya dan sekali lagi mempelawanya membeli kuih-muih tradisional yang disediakan ibunya. “Terima kasih sajalah adik, abang dah kenyang ni.”

Selesai makan pemuda itu terus berjalan keluar dari situ menuju ke kenderaannya. Kanak-kanak tadi yang sudah seharian berjaja masih tidak berputus asa. Hati kecilnya berkata, “Walaupun sudah kenyang, mungkin dia boleh bawa pulang sebagai buah tangan untuk orang-orang di rumahnya.”

Kenak-kanak tersebut terpaksa membantu ibunya menjual kuih setelah kematian bapanya tidak berapa lama dulu. Dia mempunyai dua orang adik lagi yang masih kecil. Dan, buat kali ketiganya dia berkata: “Bang, mahu beli kuih saya?”

Pemuda tersebut kemudiannya mengeliarkan RM2 dah menghulurkannya kepada kanak-kanak tersebut. “Adik ni memang tak reti menyerah kalah ye. Tak pe, ambil sahaja duit ni. Abang kira sedekah, okey?” Kanak-kanak tersebut mengambil duit tersebut lalu diberikan kepada peminta sedekah yang kebetulan ada di situ. Pemuda tersebut kehairanan lantas dia bertanya:

“Dik, abang bagi duit tu dekat adik, kenapa adik bagi kepada orang lain pula?”
Sambil menguntum senyum, kanak-kanak tersebut berkata, “Bang, saya sudah berjanji dengan ibu di rumah untuk menjualkan kuih yang dibuatnya ini walaupun dengan bersusah payah. Bukan jadi mengemis. Saya akan berasa bangga kalau pulang ke rumah dan berjumpa dengan ibu sekiranya kuih ibu habis terjual, lebih-lebih lagi saat saya memberikan ibu wang hasil kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya jadi pengemis, bang.”

Pemuda tadi seperti terpana dengan kata-kata yang diucapkan oleh seorang kanak-kanak yang hanya berusia lebih kurang 12 tahun itu. Walaupun usianya belum dianggap matang, namun bagi kanak-kanak tersebut, beliau menggangap kerja itu sebagai satu amanah. Jika dia tidak berjaya di dalam sesuatu kerja yang dilakukannya dan di dalam hal ini, menjual kuih, kanak-kanak berkenaan merasakan seolah-olah nilai dirinya berkurangan.

Kena pula dengan ajaran ibunya yang pantang jika anak-anaknya meminta-minta, menjadi pengemis. Kanak-kanak itu mahu melihat ibunya tersenyum dan gembira setiap kali menyambut kepulangannya di rumah. Senyuman bonda yang tulus dibalas dengan kerja yang terbaik dan mampu menghasilkan pendapatan.

Pemuda tadi akhirnya terus memborong kesemua kuih yang dijaja oleh kanak-kanak tersebut – bukan kerana perutnya lapar tetapi prinsip yang dimiliki oleh anak kecil itu bahawa kerja adalah satu maruah dan, dia akan mendapat wang kalau sudah bekerja dengan baik.
[kredit kepada Adura, pengirim cerita ini]

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009