Sunday, December 04, 2005

an old diary of Famous Five wannabees..

Entah macam mana aku terjumpa diari lama (bukan diari dalam erti kata sebenar) masa tingkatan 1 dulu. Hampir terlupa masa aku tingkatan satu lagi dah pernah tulis diari. Cuma diari yang ini aku tulis dalam buku conteng/buku komik. Zaman sekolah rendah dan awal menengah dulu, aku memang cukup kuat dipengaruhi oleh bacaan buku-buku Enid Blyton seperti Famous Five dan Secret Seven. Secret Seven dalam buku Bahasa Indonesia pun aku ada, atau dalam nama Indonnya; Serikat Sapta Siaga. Tak ketinggalan juga siri Hardy Boys, versi English & BM.
Daripada pembacaan buku-buku nilah aku terbawa-bawa sampai ke alam realiti. Sebab dulu rasa macam cool je kalau boleh jadi macam diorang (Secret Seven) ni. hehe. Seperti mana yang tertulis dalam diari lama ni. Siap ada tarikh lagi. 11-14 Mei 1996. Tergelak sorang-sorang bila aku baca balik. heheh. Ok, ni antara beberapa sedutan ceritanya;

‘Bilik Misteri’

Catatan: Sabtu 11 Mei 1996

...Tepat 2.38pm, saya pun ke sekolah kerana ada Silat Gayung Fatani. Sampainya saya di sana, saya pun terus memberitahu kawan saya iaitu Nik atau nama sebenarnya Nik Ahmad Faris. Nik amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bilik ini.

Tepat pukul 5.28pm, saya dan Nik terus ingin ke ‘bilik misteri’ itu. Kami pun mengajak Fendi atau nama sebenarnya Afandy. Afandy juga berminat tentang hal ini lantas dia mencapai beskal BMXnya untuk mengikuti kami...

[dalam bilik/rumah misteri]...Kemudian saya dan Fendi menjenguk ke luar, manalah tau ada orang. Masa saya dan Fendi menjenguk, seorang manusia yang disyaki penghuni rumah di sini nampak kepala Fendi. Dengan rasa yang takut, kami bertiga pun mengambil kayu masing-masing dan turun perlahan-lahan.

Kasut Fendi ketika itu amat bising kerana dia memakai kasut main bola. Setelah kami turun orang itu seolah-olah menunggu kami bertiga. Mukanya garang. Tapi nasib dia tak bantai kitorang. Mungkin dia takut sebab kita ada kayu. Kami pun terus blah cabut lah apa lagi...

Ahad, 12 Mei 1996

...Pada mulanya Fendi bercadang nak pergi ‘bilik misteri’ itu tepat jam 9.00 pagi, tapi dia tak boleh keluar sebab kena pergi rumah mak sedara dia.

Petang tu pulak pukul 5.12 petang, Nik datang rumah aku. Dia nak ajak aku pergi ‘Astrozone’, aku ikut aja. Kemudian ingat nak masuk ‘bilik’ tu sebab cuma bersebelahan dengan ‘Astrozone’. Kitorang pun pi cari Fendi. Sekarang dah 6.20 petang! Lambat lagi. Fendi bengang betul sebab aku dan Nik datang lambat!

...Dipendekkan lagi cerita, Fendi mengatakan dia ternampak orang mengintainya dengan memakai baju biru, dia ingat aku tapi bukan! Bagaimana orang itu masuk sebab depan belakang ada orang jaga. Mungkin dari atas bumbung kot dia panjat? Depan Nik jaga, belakang Zaid dan Fendi jaga. Aku dan Nar*esh cari maklumat di tingkat atas dan tingkat satu... [editor's note: muahahah cari maklumat sial!]

[Nota: Ni cuma sedutan ringkas je. Diari penuh mengandungi 5 mukasurat. 98% penulisan di sini tak diedit langsung daripada diari asal. Penulis ketika ini berusia 13 tahun, maka sila abaikan gaya bahasa yang kurang memuaskan. :p]

Nik, kau ingat lagi tak cerita ni? Hahah, gila Famous Five wannabee siot. Kalau berminat, nanti aku kasi baca diari tu. Tak dapat aa nak publish semua kat sini. hehe

[aku yang tak tahu apa nak update blog sebenarnya]

The Times - Pesona Algebra

No comments: