Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Monday, December 26, 2005

 

Entri penutup tirai 2005-01

Di kala tengah tak ada idea, maka muncul ilham untuk update tentang koleksi gambar-gambar yang telah aku shoot sepanjang tahun 2005. Asalnya nak buat top 10 je. Tapi agak susah nak pilih 10 terbaik, maka aku pun membuat keputusan untuk memilih 17 terbaik. Ha Ha. Ni pun setelah ditapis sebanyak lapan kali. Oleh sebab tak ada juri professional untuk menilai kualiti gambar-gambar aku ni, so faham-fahamlah ye kalau sesetengah daripada gambar-gambar terpilih ini kualitinya tak mencapai standard piawaian yang sepatutnya. Sebarang komen atau kritikan positif dan negatif amatlah dialu-alukan.
[Ala, rasenye semua gambar-gambar ni korang semua dah pernah tengok kat fotopage kan. :)]
a) Kategori bangunan & pemandangan
Madinah Al-Munawwarah
#1 Madinah Al-Munawwarah (siang) [gambar yang dishoot dari tingkap bilik hotel ni telah terpilih sebagai gambar terbaik 2005..]

Madinah Al-Munawwarah
#2 Madinah Al-Munawwarah (subuh)

Istana Besar Pagaruyung, Sumatera Barat
#3 Istana Besar Pagaruyung, Sumatera Barat (aku suka awan gemawan yang tebal & langit nan biru..)

Cameron Highlands
#4 Cameron Highlands (aku suka warna hijau kekuningan dalam gambar ni.. di tambah pula dengan langit pagi bagaikan gradient effect yang sangat natural..) [Kredit kepada yan yang telah shoot gambar 'pre-planned candid' ni :)]

Putrajaya
#5 Pesta Air Nasional, Putrajaya (Masa ni kitorang pegi tengok team MMU lawan)

b) Kategori 'gambar ramai-ramai' :p
Cameron Highlands
#1 Cameron Highlands (aku suka warna hijau dan biru dalam gambar ni. sangat...natural. terima kasih Kodak LS743 :p)

FCM Nite, JW Marriot,KL
#2 FCM Nite, JW Marriot,KL (oh sungguh pinknya suasanaaa..)

Hari Raya, Subang Jaya
#3 Hari Raya, Subang Jaya (gambar ni dishoot dengan bantuan self-timer dan tripod)

MMU Cyberjaya
#4 Set & background studio, MMU Cyberjaya (kanak-kanak DM yang riang gembira setelah selesai fyp presentation)

Gua Senyum, Pahang
#5 Gua Senyum, Pahang (bersama kanak-kanak OARS)

Bukit Permai, Ampang
#6 Bukit Permai, Ampang (kalau ada lagi satu atau dua kepala kat top left corner sebelah iera tu baru perfect :p oh, gambar zul & stan terpotong sikit. eh banyak.)

c) Kategori Solo B-)
Danau Toba, Sumatera Utara
#1 Danau Toba, Sumatera Utara (gambar ni diambil dengan bantuan self-timer & tripod. aku rasa kalau t-shirt aku tu berwarna gelap atau putih, gambar tu tak lawa kot)

Pulau Tioman
#2 Pulau Tioman (gambar silhoutte aku berlatar belakangkan sunset yang indah lagi mengasyikkan. Terima kasih kepada farhan kerana mengejutkan kami dari tidur. kalau tak, tak ada la gambar sunset ni. hehe)

kenduri kahwin sepupu,Taman Tun
#3 kenduri kahwin sepupu,Taman Tun, KL (aksi 'bunga sembah' Gayung Fatani di hadapan pengantin)

Makkah Al-Mukarramah
#4 Makkah Al-Mukarramah (Pizza Hut depan Masjidil Haram. nampak tak muka photographer?)

Kg. Laut, Kota Bharu
#5 Kg. Laut, Kota Bharu (Pak Usop ni telah banyak membantu aku dalam research fyp)

MMU Cyberjaya
#6 MMU Cyberjaya (model-dela; sedang testing produk fyp aku.)

--All images are copyrighted© Shahnon--

Oh ya, terima kasih juga kepada kamera Kodak LS743 4.0 Megapixel with color science chip built in aku yang telah setia menemani aku ke mana saja. hehe.

Kalau nak view gambar dalam saiz lebih besar, silalah lawat fotopage.

Maka, tamatlah sudah entri penutup tirai 2005-01. Nanti ada satu lagi entri penutup tirai-02. So, tungguuuu :p


Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009