Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Saturday, December 17, 2005

 

Carmen, the Bin Ladens and the Saudis.

Akhirnya aku blog jugak tentang buku 'Inside the Kingdom' tulisan Carmen Bin Ladin ni walaupun ringkas je, setelah lama tertangguh. Tapi ni bukan book review lengkap sebab aku blog secara random je. (tentang Carmen, pengaruh keluarga besar Bin Ladin dan wanita Saudi)

Siapa Carmen bin Ladin? Beliau ialah seorang wanita daripada keluarga campuran Iran-Swiss. Ibunya adalah daripada keturunan keluarga aristokrat Iran manakala bapanya ialah seorang warga Switzerland beragama Kristian. Beliau telah lahir dan membesar di negara Eropah itu sejak kecil. Pendek kata seluruh kehidupan fizikal dan mentahnya adalah gaya hidup barat. Jauh sekali daripada kehidupan seorang Muslim. Ibu bapanya telah bercerai sewaktu dia masih kecil. Ditakdirkan pada tahun 1974 beliau berkahwin dengan pasangan hidupnya, Yeslam bin Ladin (kini telah bercerai) yang juga merupakan abang kepada America's no.1 most-wanted man, Usamah bin Ladin. Yeslam merupakan salah seorang daripada 54 (29 perempuan. 25 lelaki) anak jutawan Arab Saudi terkenal, Allahyarham Sheikh Muhammad bin Ladin.

Sedikit fakta tentang Sheikh Muhammad; beliau merupakan seorang ahli perniagaan jutawan yang rapat dengan keluarga diRaja Arab Saudi. Syarikat beliau iaitu Bin Laden Organizations adalah syarikat kontraktor pembinaan yang terbesar di tanah Arab pada masa itu (60-an). Oleh sebab hubungan beliau yang sangat rapat dengan Raja Faisal, Raja Arab Saudi yang memerintah ketika itu, beliau sentiasa diberi projek-projek besar kerajaan.

Antara projek-projek syarikat Bin Laden yang paling dikenali ialah pembaikan, pengubahsuaian dan pembesaran masjid-masjid utama di Arab Saudi seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan juga Masjidil Aqsa di Palestin, istana-istana Raja Saudi dan bermacam-macam lagi projek-projek pembinaan lain di dalam negeri dan juga di negara Arab lain. Pada tahun 1967 beliau terkorban dalam nahas kapal terbang.

Secara ringkasnya buku ini menceritakan pengalaman hidup beliau tinggal bersama keluarga Bin Ladin di Arab Saudi selama 9 tahun sebelum kembali menetap di Eropah. Kehidupan yang sangat mewah tetapi terpenjara. Beliau banyak menyentuh tentang kisah hidup beliau bersama Yeslam Bin Ladin, perjalanan keluarga besar dan syarikat Bin Laden, sosio-budaya masyarakat Saudi, adat dan tatacara wanita Arab Saudi, penindasan terhadap kaum wanita di Arab Saudi dll.

Antara beberapa tulisan beliau yang menunjukkan betapa kuatnya pengaruh nama keluarga 'Bin Laden' di Arab Saudi.

"..It was a little tricky to buy alcohol on the black market - it is banned in Saudi Arabia. But the embassy personnel brought it in under diplomatic seal, and the drivers ran an underground commerce. One of our employees purchased beer from the chauffeurs of an African consulate. We were safe: The religious police never dared to inspect the homes of Princes - or Bin Ladens." - -tak tau nak cakap apa la..

"..Deep down I still thought that if ever there were a revolution in Saudi Arabia I would be able to escape. As a foreigner, and as a Bin Laden, I knew I would be among the first to get out. We had the clout to get out if we had to - the power and status to escape the inspections of the religious police, get out of jail, or get out of the country.

Even if an airplane was fully booked, Bin Ladens would always get a ticket.. I had always seen this happen"

Menunjukkan betapa powernya nama keluarga Bin Laden di tanah Arab Saudi.

"..The mutawa yelled at us in the street - "You, woman, what are you doing?" - if our hands were sowing, or if my abaya was held too high, Abdou, my Sudanese driver, would always protect me - "Bin Laden". Even now, the religious integrity of a Bin Laden woman could not be questioned.."

Tentang masyarakat wanita Arab Saudi;

"I never remember seeing a Saudi women being direct, or admitting ignorance. Sometimes, i would be talking with my sisters-in-law and realize they had absolutely no knowledge of what i was talking about, but they would never own up to it. Saudi women never openly admire something that belongs to someone else either. They denigrate people, their looks, their way of dressing, their household. But then they copy them constantly - even as they express their scorn."

Satu lagi cerita;

"..I once found Yeslam's Yemeni driver parked inside our compound, in front of our house, with the motor running. Even from a distance of a few meters i could smell it burning. I said,"Turn off the engine, its going to overheat." But Yeslam's driver ignored me. "I have to keep the air conditioning on for Sheikh Yeslam," he said.

When i insisted, he added, " I don't take orders from women." It was so insulting and absurd - the car was on the verge of bursting into flames! I yelled at him, "When Sheikh Yeslam is not here, I'm the one in charge!" Bakr, heard the commotion from his house across the street and came over to intervene.." -- salah satu cerita 'superiority' lelaki Saudi terhadap wanita.

Hanya mereka yang berbangsa asing seperti Carmen (berkerturunan Parsi-Swiss) sahaja yang mampu menulis seperti ini kerana bagi kebanyakan masyarakat wanita Arab, semua ini dah menjadi adat dan budaya yang telah menjadi norma hidup yang tak boleh dipersoalkan. Termasuklah superiority kaum lelaki dalam sesebuah keluarga.

Saya menganggap buku ini tak banyak sangat beza daripada kebanyakan buku-buku yang menceritakan tentang penindasan wanita Timur Tengah yang begitu banyak di kedai-kedai buku sekarang ni yang ditulis oleh penulis barat seperti trilogi 'Princess' dan 'Mayada Daughter of Iraq' oleh penulis terkenal Jean P. Sasson, 'Reading Lolita in Tehran', 'Bookseller of Kabul' dan lain-lain. But still, i regard it as a good reading, nonetheless.

Book review 'Inside the Kingdom' - dari New York Times

Sekarang saya sedang menghabiskan buku 'Ousted!', buku Patrick Keith (mendiang), tentang perpisahan Singapura dari Malaysia dari kacamata seorang pegawai kanan kepada kerajaan pimpinan Tunku ketika itu.

Mew - Apocalypso


Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009