Sunday, November 13, 2005

Frustrasi nasi basi

Tension gila sial semalam terdelete SEMUA gambar dalam kamera masa tengah transfer ke pc. Kalau orang lain mungkin tak kisah sangat. Lagipun cuma gambar kat open house raya rumah ima & Mon. Untuk aku gambar-gambar ni semua ibarat khazanah negara (hehe). Memang boleh jadi gila aku ni. Haih. Dalam lebih tiga tahun berkecimpung dalam dunia kamera digital, ni la pertama kali jadi macam ni. Moga menjadi pengajaran kepada diri sendiri lepas ni.
Tapi aku masih bersyukur, gambar-gambar yang hilang bukannya gambar-gambar di Manchu Picchu:Lost City of Incas, Taj Mahal, Venice, Candi Borobudur, Niagara Falls ataupun di Columbus, Ohio.
---------------------------------------------------------------------------------
Tak sabar dah rasa nak pegi print semua gambar-gambar digital kat Times Square 35sen. Murah gila. Nasib baik dekat dengan office. Dah menjadi rutin tahunan untuk aku print semua gambar digital pada hujung tahun. :)
Nasib baik ada Sigur Ros yang menemani ruang halwa telinga aku tengahari ni dengan lagu-lagu seperti Glossoli, Gong, Se Lest, Hoppipolla dll..sedikit sebanyak terubat rasa kecewa. heheh.

No comments: