Saturday, September 10, 2005

Qaisy_&_Laila

Saya baru saja selesai menonton filem Qaisy & Laila (vcd original) arahan Raja Ahmad Alauddin. Secara ringkasnya, idea dan cerita filem ini menarik. Tetapi it could've been much better. Plot dan story flow tidak begitu kukuh. Falsafah dan skrip cerita ini sepatutnya ditonjolkan dengan lebih kuat lagi. Cinematography filem ini baik tetapi sepatutnya boleh lebih dieksploitasikan lagi. Maksud saya tidak ada elemen "wow" di situ (teringatkan PGL). Namun begitu, saya puji lakonan Radhi Khalid, Nur Fazura dan Jehan_Miskin. Terutama sekali Radhi Khalid. Pada saya beliau telah berjaya membawa watak Sadiq, seorang warga Afghan yang bekerja dengan Malaysia Relief Team (MRT) dengan penuh bersahaja dan berkesan.

Saya tidak nampak satu elemen kekuatan yang benar-benar jelas dalam filem ini. Percintaan di antara Qaisy dan Laila juga kabur dan samar-samar. Watak Jehan Miskin sebagai Qaisy mengingatkan saya kepada watak Adit dalam filem Indonesia, Eiffel..I'm in Love. Tentang seorang lelaki yang kuat egonya, tetapi dalam masa yang sama menyimpan perasaan cinta yang begitu mendalam. Tetapi beza Adit dan Qaisy ialah keegoan Qaisy tidak begitu menyerlah.

Mungkin saya terlalu membandingkan filem ini dengan dua filem yang bertemakan Afghanistan yang saya pernah tonton sebelum ini iaitu; Kandahar (arahan pengarah terkenal Iran, Mohsen_Makhmalbaf) dan Osama (Pemenang Anugerah Golden_Globe untuk Best Foreign Film). Saya menganggap dua filem ini merupakan filem yang benar-benar memaparkan realiti dan sebenar masyarakat Afghan. Sesiapa yang menonton pasti akan tersentuh hati. Kalau hendak dibandingkan Qaisy dan Laila dengan salah satu filem tersebut, terus terang saya katakan, kalah teruk Qaisy & Laila.

Walau apa pun saya ucap syabas kepada production team Qaisy & Laila, terutama sekali kepada Habsah_Hassan dan pengarah, Raja Ahmad_Allauddin, kerana telah berjaya mewarnaikan lagi industri filem tempatan dengan terbitnya filem-filem sebegini.
Saya beri 3.5 bintang untuk Qaisy & Laila. :)

oh, btw Happy birthday to 'yanyan'! :p

No comments: