Saturday, July 09, 2005

Umrah & Ziarah Makkah & Madinah


i - Masjid Al-Nabawi, Madinah Al-Munawwarah (Subuh)


ii - Masjid Al-Nabawi (Asar)


iii - Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah
[Semua gambar i,ii,iii diambil dari bilik hotel]


iv - Jabal Uhud, Madinah (tempat peperangan kedua Rasulullah dalam sejarah Islam. Perang Uhud)


v - Jabal Rahmah (tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.
Ramai orang berdoa untuk dapat jodoh & kebahagiaan rumahtangga kat sini. :)


vi - Ladang Unta, Makkah (Apa agaknya dua Pak Arab ni tengah sembang :p)


vii - Kota Makkah. depan Masjidil Haram
(nampak ada burung terbang rendah?)


viii - Pak Arab termenung depan Pizza Hut. depan Masjidil Haram.
(reflection masjid & seorang hamba Allah memegang kamera kelihatan dalam gambar ni)

Masya Allah, damai, tenangnya hati bercampur macam tak percaya, macam mimpi rasa bila dah sampai ke dua kota suci Al-Haram Makkah dan Madinah (Kota yang diharamkan untuk orang bukan Islam). Tenang je rasa walaupun suhu di sana lebih kurang 41 darjah Celcius! Pakai sunglasses pun tak dapat nak menghalang cuaca yang sangat panas. Apa lagi kalau beli sunglasses yang 10 Riyal cuma (lebih kurang RM10). hehe.. Tapi lama-lama dah jadi biasa dengan cuaca panas macam tu. Sempat tinggal 3 malam di Madinah dan 6 malam di Makkah.
Rindu rasa nak datang lagi. Rasanya sape yang pernah pergi mesti rasa macam tu jugak. Teringin nak datang lagi. Moga-moga ada rezeki lagi satu masa nanti insyaAllah. Kat Makkah, dalam hotel yang sama, pakej umrah yang sama, terjumpa ex-lecturer MMU. Ustaz Salahuddin dengan isteri dia. Sape budak engine rasenye kenal kot dia ni. :)
Syukur Alhamdulillah selamat pergi dan kembali..
Masjid Al- Haram di Makkah dan Madinah ialah kawasan larangan mengambil gambar. Maka sebab tu takde gambar dalam masjid kat sini.

[Nota: Blog entry ni tak bertujuan nak riak. Hanya semata-mata berkongsi gambar-gambar di tanah suci Makkah & Madinah.]
All images are copyrighted© Shahnon.

No comments: