Wednesday, July 20, 2005

Perhimpunan Agung UMNO datang lagi.

Buat pertama kali rasa tak excited langsung nak tengok tv dengar para perwakilan sampaikan ucapan-ucapan perbahasan (atau dengan kata lain, retorik-retorik basi) ataupun ucapan Presiden UMNO, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Umum tahu ucapan Pak Lah tak sehebat Mahathir. Mahathir boleh berdiri 2,3 jam atas pentas beri ucapan tanpa teks. Itu yang orang respect. Tapi kalau nak kira siapa paling hebat beri ucapan, tak boleh nak lawan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Anwar memang jaguh pidato. Sesiapa pun boleh terpukau dengar ucapan-ucapan beliau. TAPI itu dulu. dulu.. Sebelum September 1998. Sekarang ni sorrylah.

Teringat masa zaman Tun Dr. Mahathir dulu, selalu bersemangat nak dengar ucapan penggulungan Presiden UMNO (hari terakhir perhimpunan). Seolah terasa macam ada amanat yang sangat penting yang hendak di sampaikan oleh pemimpin negara, pemimpin umat Melayu di Malaysia. Salah satu faktor lain ialah mak saya memang staunch supporter Dr. Mahathir. Sama negeri kelahiran & sama sekolah lagi. Maka tempias-tempias tu sedikit sebanyak terkena kepada anaknya.

Tapi sekarang ni feel tu tak ada, kalau ada pun tak macam dulu. Sebab apa? Tengoklah berapa ramai pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang bergelumang dengan tahi rasuah. Pastu nak harapkan mereka ni pulak bercerita panjang lebar tentang nasib, masa depan dan halatuju bangsa Melayu? Samalah macam ayam. Berkokok berdegar-degar, tak sedar atau buat-buat tak perasan ekor penuh taik.
Dah bosan dan naik meluat dengar cakap-cakap Agenda Melayu, memperkasakan bangsa Melayu, memartabatkan sosioekonomi Melayu dll yang datang bermusim setiap kali hadirnya perhimpunan UMNO. Di awal 90-an dulu, terma 'Melayu Baru' tiba-tiba jadi sebutan ramai. Naib Presiden UMNO dan Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taiblah yang menjadi jagoan dalam kempen agenda 'Melayu Baru'. Yang terkini, ungkapan 'Melayu Glokal' (Global & Lokal) yang diwujudkan oleh TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Bila Pak Lah nak banteras politik wang, ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang sambut dingin atau tak bersemangat. Sebab memang ramai di kalangan mereka yang main duit pun. Ramai pemimpin UMNO yang duduk di kerusi Majlis Tertinggi yang main duit. Semua orang tahu. Tak kena dakwa sebab tak cukup bukti- Pak Lah yang cakap ni. Bila bapak dah korup, macam mana nak ajar anak-anak supaya jangan korup? Habis berkurap semuanya. kohkoh. Kesian Pak Lah, kelihatan seolah beliau seorang je yang Mr. Clean dalam UMNO. Saya sedang menantikan UMNO generasi Hishamuddin, Khairy dan lain-lain pemuda generasi sekarang mengambil alih tampuk kepimpinan. Lebih kurang lagi 10 tahun akan datang.
Sekian catatan ringkas saya.
[pic credit: UMNO-Online.com]

No comments: