Wednesday, June 08, 2005

Happy~

Wahh, happynya hari ni. Tadi singgah MPH Subang Parade. Hajatnya nak cari buku Dr. Tuah Iskandar, 'Original' tapi dah habis stok, orang tu cakap kat MPH Pyramid ade. So takpelah. Sambil belek-belek rak tu terjumpa novel 'Tenggelamnya Kapal van der Wijk' karya tokoh pendakwah dan sastera agung di Nusantara awal kurun ke-20, HAMKA.
Giler, hampir dua tahun aku cari buku ni! Jumpa jugak akhirnya. heheh. Buku ni diterbitkan semula tahun 2002. Novel asalnya terbit tahun 1939 (kalau tak silap).
On another note;
Yay! Happy lagi. tiket bas esok malam dah berada di tangan! Haha. tak sabar rasanya. Moga-moga selamat perjalanan pergi dan balik. insyaAllah.
Semalam pun happy jugak.. =)
Maka, mari nyanyi lagu Travis - Happy beramai-ramai! kohkoh.

No comments: