Friday, May 06, 2005

Asal Usul Marathon..

Saja nak share cerita ni kat sini sebab tak ada benda yang menarik untuk ditulis kat blog waktu ni. Dipetik daripada buku 'Nak ke Tak Nak (Kalau Hendak Seribu Daya)' oleh pakar motivasi terkenal Dr. HM Tuah Iskandar.
Kalau penulis lain yang tulis mungkin aku tak beli kot, tapi sebab Dr. Tuah yang tulis maka tergerak hati untuk nak baca. Dr. Tuah antara beberapa penulis yang aku kagum. Novel beliau yang aku beli 2 tahun lepas, 'Enrique: Mengundang Jauh', aku anggap antara yang terbaik dalam koleksi novel Melayu aku selain daripada '1515' oleh Faisal Tehrani dan beberapa lagi.
Ok, berbalik kepada topik asal. Ceritanya berkaitan dengan 'azam'.
"Tahu tak kisah Marathon? Siapa Marathon? Kisah ini berlaku pada zaman keagungan Greek dulu. Maknanya dah beribu-ribu tahun dululah.

Greek oleh sebab dia kerajaan yang kuat dan juga mewah dia menjadi target kuasa-kuasa besar yang lain. Suatu hari jiran Greek, Normandic datang hendak menyerang negeri ini. Orang Greek tak berapa pandai nak berperang, sebab mereka kebanyakannya petani, peniaga dan rakyat biasa. Bala tenteranya tak sekuat Normandic.

Jadi, bila orang Greek dapat tahu Normandic sedang bergerak ke negara mereka untuk menyerang, mereka kelam kabut. Maka bermesyuaratlah raja dan pembesar-pembesar negeri.

Kata seorang cerdik pandai, "Kita tak akan terlawan orang Normandic. Sebab mereka bukan sahaja kuat, malah zalim. Mereka sanggup bunuh sesiapa sahaja untuk capai matlamat mereka."
"Habis, apa kita nak buat?" tanya raja.
"Kita lawan," kata salah seorang ahli senat yang agak muda.

Akhirnya mesyuarat itu memutuskan supaya Greek jangan menyerah tapi lawan, sebab mereka akan hantar seorang utusan kepada kerajaan Sparta untuk meminta bantuan.

Maka dihantarlah seorang utusan bernama Marathon. Jarak antara Greek dan Sparta kira-kira Johor Bharu ke Muar.

Tugas itu diserahkan kepada Marathon, seorang anak muda biasa berdarah Greek.
Nak tahu apa Marathon buat? Sebaik saja dia mendapat arahan dia mula berlari menuju ke negara Sparta siang dan malam tak berhenti-henti selama berbulan-bulan. Marathon hanya berhenti rehat apabila dia terlalu letih dan terlalu haus atau lapar atau tidur, selebihnya dia berlari dan berlari. Dalam hatinya hanya ada satu - nak selamatkan negaranya.

Setelah berbulan-bulan akhirnya sampailah Marathon ke negara Sparta dan segera menghadap raja. Sebaik saja dia hulurkan warkah pertolongan raja Greek itu dia terus rebah dan mati.

Cerita Greek tak habis di situ. Kerajaan Sparta segera mengirim bantuan tetapi waktu itu Greek dah diserang habis-habisan kerana percaya bantuan akan sampai. Akhirnya, apabila Sparta sampai ke Greek, Greek sudah menang. Normandic telah dapat dikalahkan. Oleh siapa? rakyat Greek sendiri. Yang tadinya petani, peniaga dan rakyat biasa itu.."
(Bab 17 mukasurat 307)

Nak baca lebih lanjut kenalah beli.

Bright Eyes - First Day of My Life

No comments: