Tuesday, March 01, 2005

Aziz M. Osman jawab tulisan Ku Seman

Tulisan berbentuk 'provokasi' Ku Seman tempoh hari telah mendapat jawapan. Sungguh pantas Aziz M. Osman jawab tulisan Ku Seman di Utusan tempoh hari.

Antara beberapa petikan jawapan Aziz;

"Sekiranya beliau berasa terhina dan merasa minda anda cuba dikorupkan, sila lakukan seperti saya. Pada beliau filem tersebut adalah sampah sarap, tetapi pada orang lain ia adalah sumber penglipurlara yang paling berkesan untuk melupakan serabut dan kekusutan hidup yang dilalui sepanjang hari.

Apa pandangan Ku Seman tentang penonton yang berduyun-duyun membeli tiket, penuhkan dewan panggung untuk menonton filem yang beliau anggap sampah? (Sila lihat semula lirik lagu di atas).

Saya menghormati Ku Seman sebagai penulis dan pengkritik filem senior. Tetapi kredibiliti beliau terjejas di kaca mata saya apabila ruangan pojok beliau lebih kepada provokasi murah dan langsung tidak bermotivasi.

Apakah menjadi satu dosa apabila filem-filem saya, Datuk Yusof dan Prof. Razak menjadi popular? Apa yang saya faham mengenai falsafah Ku Seman ialah beliau seorang yang percaya pada kebebasan luahan rasa (freedom of expression). Malangnya beliau tidak menghormati luahan rasa orang lain yang tidak difahami."


Klik link di atas untuk keseluruhan artikel.

Komen saya? I think I'll just keep it to myself. Walaupun banyak point Aziz yang saya tak setuju, saya masih respect abang Aziz sebenarnya. Saya masih anggap filem terakhir beliau yang saya tonton, 'Trauma', yang saya beli original adalah filem bermutu dan berkualiti (standard filem Melayu).

[p/s: Kalau ikutkan saya lebih mengharapkan jawapan balas Prof. Madya Razak Mohideen kepada tulisan Ku Seman ni. Boleh bergelak ketawa sama sambil baca.]

No comments: