Tuesday, March 29, 2005

01-Melayu

Antara sebilangan kecil golongan kerabat diraja/pewaris takhta raja yang saya kagum dan hormat tinggi ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Saya tertarik dengan titah baginda sewaktu memberikan ucapan di Kongres Pendidikan Melayu Kedua Ahad lepas.

Nilai Melayu Secara Adil: Raja Nazrin

KUALA LUMPUR: Sebarang kelemahan yang dimiliki orang Melayu tidak harus dirumuskan sebagai identiti nasional atau sifat monopoli bangsa Melayu, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

“Sedarlah! Apabila sesuatu bangsa memilih untuk merendahkan bangsanya sendiri, akan terbukalah jendela yang memberanikan bangsa lain untuk menghinanya. Lalu bangsa akan dipandang fakir dan adat budayanya bakal tersingkir.

“Apabila kekurangan begitu cepat ditafsirkan sebagai kelemahan, maka padi mula dikatakan lalang, beras pula disangka pasir,” titah baginda dalam ucaptama ‘Bangsa Melayu: Mencanai Minda - Membentuk Sikap’ di Kongres Pendidikan Melayu Kedua di sini semalam.

Raja Dr. Nazrin Shah


Berita berkaitan:
Bernama: Raja Nazrin Tells Malays Not To Belittle Own Race

No comments: